BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Bekas pengarah syarikat telekomunikasi didakwa beri suapan RM8 juta

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengarah sebuah syarikat telekomunikasi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan memberi suapan berjumlah RM8 juta kepada bekas presiden sebuah bank, 14 tahun lalu.

Tertuduh, Ranjeet Singh Sidhu, 56, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad, lapor Buletin TV3.

Mengikut pertuduhan, Ranjeet didakwa memberi rasuah kepada bekas Presiden dan Pengarah Urusan Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Mohd Zafer Mohd Hashim, sebagai dorongan membantu meluluskan permohonan pinjaman RM400 juta oleh V-Telecoms Berhad daripada bank berkenaan.

Pinjaman itu bertujuan membangunkan rangkaian pesisir yang merangkumi sistem gentian optik di sekitar Semenanjung Malaysia.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ranjeet turut didakwa atas satu lagi pertuduhan menggunakan secara tidak jujur sebagai tulen satu dokumen palsu, iaitu dokumen ā€˜Joint Completion Guarantee’ antara V Telecoms Berhad dan Huawei Technologies Co Ltd bertarikh 21 Jun 2012, sebagai memenuhi syarat kelulusan permohonan pinjaman RM400 juta daripada BPMB bagi membiayai projek yang sama, di tempat dan masa yang sama.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin serta mengenakan syarat tambahan supaya menyerahkan pasport dan melaporkan diri di ibu pejabat SPRM sebulan sekali sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Mac depan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button