BERITA SEMASA

Bekas pengacara Majalah 3 meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas pengacara rancangan dokumentari Majalah 3, Abdullah Sidek Majin, 58, meninggal dunia pada pukul 11 malam tadi di Hospital Slim River, Perak.

Berita sedih itu dikongsikan oleh anak sulungnya, Luqman Sidek, 28.

“Saya dapat berita ayah saya jatuh terlentang di rumah nenek saya di Kampung Lubuk Salak, Tanjung Malim, pada jam 6 petang.

“Selepas itu ayah saya dibawa ke Hospital Slim River, ayah sebelum ini menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat.

“Selepas pegawai perubatan membuat pemeriksaan, arwah disahkan sudah tidak bernafas lagi pada jam 11 malam,” katanya memetik BH Online.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cabang Lima, Tanjung Malim jam 10.30 pagi ini.

Untuk info, Abdullah Sidek sudah tiga bulan menderita penyakit kanser limfoma selain sudah tidak aktif di televisyen sejak lapan tahun lalu.

Beliau meninggalkan seorang isteri, Khairana Sabtu dan lima anak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button