HIBURANBERITA SEMASA

One in a Million: Yes 5G, Calpis Soda serlah kreativiti rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Yes 5G, penyedia telekomunikasi terkemuka menjalin kerjasama eksklusif dengan Calpis Soda menerusi pertandingan ikonik One in a Million (OIAM) yang kembali selepas 15 tahun.

Dengan tema “Uncap Yourself,” pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat baharu dalam industri muzik Malaysia sambil meraikan kreativiti dan potensi tanpa batasan.

Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K. Lee berkata, kolaborasi itu mencerminkan keyakinan terhadap bakat tempatan.

“Kami berbangga menyokong gerakan yang meraikan kreativiti dan inovasi sambil menginspirasikan rakyat Malaysia untuk mencapai keunggulan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lee berkata, salah satu keistimewaan kerjasama itu ialah pelanggan Yes 5G berpeluang menikmati 10 kali undian tambahan secara automatik untuk menyokong finalis kegemaran mereka.

“Proses undian bermula pada Episod 2 Persembahan Langsung pada 29 Disember 2024 dan berlangsung sehingga Final pada 9 Februari 2025.

“Dengan misi menjadikan 5G lebih mudah diakses, Yes 5G menggalakkan rakyat Malaysia merealisasikan potensi mereka melalui teknologi pantas dan mampu milik,” katanya lagi.

OIAM kali ini menawarkan pelbagai hadiah hebat termasuk tujuh kereta yang ditaja oleh Peugeot serta pelbagai rakan kerjasama lain.

Calpis jenama minuman terkenal sejak 2016, turut membawa inovasi tersendiri ke dalam kerjasama itu.

Lee turut berkata, sokongan Media Prima TV3 sebagai stesen televisyen utama Malaysia selama lebih 40 tahun juga menjadikan program itu lebih istimewa.

“Program itu bukan sekadar pertandingan muzik tetapi satu gerakan untuk menginspirasikan rakyat Malaysia agar berhubung, berinspirasi dan mencapai kehebatan.

“Dengan pelan 999GB serendah RM1, Yes 5G turut memberi peluang kepada rakyat Malaysia menikmati pengalaman teknologi 5G terbaik sambil menyokong bakat tempatan,” katanya lagi.

Yes 5G, Calpis Soda dan Media Prima TV3 turut menyeru seluruh rakyat Malaysia menyertai pertandingan luar biasa itu serta terus menyokong kreativiti rakyat Malaysia.

Jangan lepaskan peluang mengikuti kandungan eksklusif sepanjang perjalanan menuju pentas akhir OIAM.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button