Lebih 50 wakil media sertai Santai Pickleball YAPEIM
PUTRAJAYA – Yayasan Pembangunan
Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) terus memperkukuh hubungan strategik dengan pengamal media menerusi penganjuran perlawanan persahabatan Santai Pickleball YAPEIM Bersama Media di Bounce and Rally @ Elevate Social Club, Cyberjaya, semalam.
Program yang disertai kira-kira 50 pengamal media itu dianjurkan sebagai platform mengeratkan hubungan mesra antara YAPEIM dan organisasi media yang selama ini memainkan peranan penting dalam menyokong serta membantu penyampaian maklumat berkaitan agenda sosioekonomi dan amal jariah kepada masyarakat.
Ketua Pengarah YAPEIM, Zabidi Nasan berkata, pihaknya amat menghargai komitmen serta kerjasama berterusan pengamal media dalam melaporkan berita secara seimbang dan adil sekali gus membantu meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap peranan YAPEIM.
Menurut beliau, hubungan baik antara organisasi dan media bukan sahaja membolehkan maklumat disampaikan dengan lebih berkesan malah mampu mendidik masyarakat serta mengukuhkan imej YAPEIM sebagai agensi yang sentiasa ke hadapan dalam membantu golongan memerlukan.
“Kerjasama yang diberikan media turut membantu YAPEIM mendapatkan sokongan serta sumbangan daripada masyarakat bagi menjayakan pelbagai program kebajikan dan pembangunan,” katanya di sini semalam.
Penganjuran program tersebut turut mendapat sokongan Kelab Media Kuala Lumpur dan Selangor (KLS), serta Pertubuhan Wartawan Jurugambar Selangor (WAJAR), selain penyertaan pengurusan tertinggi dan warga kerja YAPEIM.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








