BERITA SEMASA

Terima teguran, sedia jumpa media selesai isu ‘I Lite U’ – Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menzahirkan keterbukaan menerima teguran berhubung insiden ketika sidang media pra-pelancaran program pencahayaan “I Lite U” di Bukit Bintang, baru-baru ini.

Beliau mengakui kemungkinan wujud kekhilafan dalam situasi berkenaan dan menegaskan komitmennya untuk terus menghormati kebebasan media.

“Saya sedar ada teguran yang dibuat ke atas saya… Saya juga sedar kemungkinan wujudnya kekhilafan dalam perkara ini dan saya terimanya dengan hati yang terbuka,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Kor Ming berkata, beliau tidak pernah berniat menyinggung mana-mana pihak, khususnya pengamal media yang disifatkannya sebagai tulang belakang penyampaian maklumat kepada rakyat di bawah Kerajaan Madani.

“Saya sentiasa menghormati kebebasan media dan tidak pernah berniat untuk menyinggung mana-mana pihak terutamanya wartawan,” katanya lagi.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada media yang disifatkan memainkan peranan besar dalam menyampaikan inisiatif kementerian kepada masyarakat.

Pada masa sama, Kor Ming menyatakan kesediaannya untuk mengadakan pertemuan dengan pihak media yang terlibat dalam masa terdekat bagi memastikan isu berkenaan diselesaikan secara baik dan berhemah.

Program “I Lite U” merupakan inisiatif pencahayaan bandar di kawasan tumpuan sekitar ibu negara bagi meningkatkan daya tarikan pelancongan serta memperkukuh keselamatan awam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button