JENAYAH & MAHKAMAH

Bekas pemandu bas, kekasih dipenjara, denda RM5,000

JASIN – Padah melakukan aksi berbahaya ketika memandu bas, seorang bekas pemandu bas ekspres dan seorang wanita dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Hukuman itu dikenakan ke atas Arif Fahmi Abd Salam, 36, manakala pasangannya, Nur Adila Najwa Ilham Ameerrullah, 21, dipenjara enam bulan selepas kedua-duanya mengaku bersalah di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Selain hukuman penjara, mahkamah turut mengenakan denda RM5,000 terhadap setiap tertuduh.

Sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut, mereka akan dikenakan tambahan penjara selama dua bulan.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh hilang kelayakan untuk memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama memandu sebuah bas dengan cara berbahaya kepada orang awam.

Kesalahan itu dilakukan di susur keluar Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bemban, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, kira-kira pukul 7.30 petang pada 12 April lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button