JENAYAH & MAHKAMAH

Bekas PAT akan didakwa di Mahkamah Sesyen KL hari ini

KUALA LUMPUR – Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohd Nizam Jaffar akan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas empat pertuduhan termasuk salah guna kuasa dan pecah amanah.

Menerusi semakan sistem mahkamah, kes Mohd Nizam, 59, akan disebut di hadapan Hakim Rosli Ahmad pada pukul 9 pagi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin memaklumkan, Mohd Nizam akan didakwa dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Ia susulan siasatan salah guna kuasa dan siasatan membabitkan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT), satu pertuduhan pecah amanah di bawah Seksyen 409 dan satu pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, media melaporkan 23 individu termasuk dua pegawai tinggi dan empat pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa.

Ia membabitkan isu perolehan serta penggunaan dana awam selain dakwaan menerima rasuah daripada beberapa syarikat berkaitan perolehan pembekalan di TKAT dan Kementerian Pertahanan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button