JENAYAH & MAHKAMAH

Bekas Panglima Tentera Darat direman tujuh hari, dua isteri masing-masing enam dan tiga hari

PUTRAJAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman seorang bekas Panglima Tentera Darat bermula hari ini selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan perolehan tender tentera.

Majistret, Ezrin Zakariah, turut membenarkan permohonan reman terhadap dua isteri bekas pegawai kanan itu, masing-masing enam hari dan tiga hari, juga bermula hari ini.

Kesemua mereka diwakili peguam Firdaus Shaik Alauddin dan Nizamuddin Hamid.

@malaysiatribuneMahkamah benarkan reman: Bekas Panglima Tentera Darat direman tujuh hari. Peguam turut mohon akses guaman dan pemeriksaan kesihatan berkala kerana beliau menghidap hipertensi. #malaysiatribune #beritasemasa #sprm #trandingnewsmalaysia

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Dalam prosiding itu, pihak pembelaan memohon agar mahkamah membenarkan akses kepada khidmat guaman sekiranya diminta oleh anak guam mereka sepanjang tempoh reman.

Selain itu, peguam turut memohon supaya mahkamah mengarahkan pihak berkuasa memberikan pemeriksaan kesihatan berkala kepada bekas panglima berkenaan memandangkan beliau menghidap hipertensi.

Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan tersebut bagi memastikan kebajikan serta hak tahanan terpelihara sepanjang tempoh siasatan.

Kes disiasat mengikut peruntukan undang-undang berkaitan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan proses perolehan tender Tentera Darat.

SPRM memaklumkan siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti penglibatan pihak lain dalam kes berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button