Beberapa jalan di Klang ditutup sempena istiadat perkahwinan diraja
KLANG – Beberapa laluan utama di sekitar daerah ini akan ditutup sementara bermula 27 hingga 29 September serta 1 hingga 2 Oktober 2025 bagi memberi laluan kepada istiadat perkahwinan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, di Istana Alam Shah.
Polis Klang Selatan dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, penutupan jalan itu akan dikuatkuasakan mulai pukul 8 pagi hingga selesai istiadat bagi memastikan kelancaran majlis serta keselamatan semua pihak yang terlibat.
“Jalan yang ditutup sepenuhnya adalah Jalan Tengku Diaudin ke Jalan Istana, Jalan Istana ke Bulatan Simpang Lima, Jalan Istana ke Jalan Stadium Sultan Suleiman, Jalan Istana ke Lorong Tingkat, Jalan Istana ke Jalan Pegawai, Jalan Istana ke Jalan Tengku Kelana 2, Jalan Bulatan Simpang Lima ke Jalan Bukit Istana.

“Dua jalan ditutup secara berperingkat iaitu Jalan Dato’ Hamzah ke Jalan Tengku Kelana dan Jalan Raja Jumaat ke Jalan Istana.
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal serta menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas,” katanya.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Polis turut meminta kerjasama pengguna jalan raya agar mematuhi arahan anggota bertugas sepanjang tempoh penutupan jalan demi memastikan majlis perkahwinan diraja berlangsung dengan lancar.
Tengku Amir Shah akan melangsungkan pernikahan dengan Cik Afzaa Fadini Abdul Aziz pada Khamis depan, di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.
Istiadat Persandingan Diraja dan Majlis Santapan Diraja bagi memuliakan Istiadat Perkahwinan Diraja Raja Muda Selangor pula akan diadakan di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah, 22 Oktober depan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








