JENAYAH & MAHKAMAH

Bayi lelaki tertimbus dalam tanah ditemui masih hidup di Kapit

KAPIT – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui masih hidup dalam keadaan tertimbus di dalam tanah berhampiran sebuah rumah sewa di Jalan Airport di sini, semalam.

Bayi berkenaan ditemukan anggota polis yang menjalankan pencarian di lokasi kejadian selepas terdengar tangisannya.

Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Rohana Nanu berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

“Ketika itu, anggota terdengar tangisan bayi sebelum melakukan pencarian dan menemukannya tertimbus dalam tanah,” katanya memetik laporan Bernama.

Beliau berkata, bayi berkenaan berada dalam keadaan kritikal sebelum dihantar ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Menurutnya, ibu bayi itu juga sudah dikenal pasti, namun siasatan terhadap wanita berkenaan belum dapat dijalankan kerana dia sedang menerima rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button