POLITIK

‘Bawa SD, usulkan di Parlimen’ – Anwar

KUALA LUMPUR – Blok pembangkang diminta membuktikan jumlah sokongan yang mereka dakwa miliki bagi menubuhkan kerajaan baharu, pada sesi Parlimen akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan pembangkang diketuai Perikatan Nasional (PN) bahawa mereka mempunyai 126 sokongan Ahli Parlimen.

“Kalau dia (PN) ada (cukup sokongan) tunggu masa Parlimen nanti, bawalah SD (akuan berkanun). Usulkan di Parlimen tiada masalah.

“Ini tiap-tiap minggu mengigau,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap melancarkan sambutan Ulang Tahun ke-75 Bulan Sabit Merah (BSMM) dan perasmian ibu pejabat kebangsaan organisasi itu, di sini hari ini.

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengulangi keyakinannya kerajaan perpaduan akan bertahan sehingga habis penggal lima tahun.

“Saya sangat yakin,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button