BERITA SEMASA

Batik Air batal penerbangan KL–Dubai susulan penutupan ruang udara Asia Barat

KUALA LUMPUR – Batik Air membatalkan penerbangan Kuala Lumpur–Dubai yang dijadualkan hari ini susulan penutupan beberapa laluan ruang udara di Asia Barat.

Syarikat penerbangan itu berkata, keputusan tersebut diambil sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengutamakan keselamatan operasi penerbangan.

Menurutnya, pihaknya kini sedang memantau perkembangan semasa serta menilai impak situasi konflik serantau terhadap ruang udara dan jadual penerbangan.

“Keputusan ini selaras dengan panduan pihak berkuasa penerbangan berkaitan dan mencerminkan komitmen Batik Air dalam memastikan tahap keselamatan operasi sentiasa berada pada standard tertinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penumpang yang terjejas akan dimaklumkan secara terus dan diberikan bantuan sewajarnya termasuk pilihan penjadualan semula penerbangan atau bayaran balik mengikut terma dan syarat ditetapkan.

Penumpang yang mempunyai perjalanan ke Asia Barat dalam tempoh terdekat dinasihatkan supaya sentiasa menyemak status penerbangan menerusi laman sesawang dan saluran komunikasi rasmi syarikat.

Pihak Batik Air turut memaklumkan akan bekerjasama dengan pengawal selia penerbangan awam, pihak lapangan terbang serta rakan operasi bagi memastikan maklumat terkini dapat disalurkan kepada orang ramai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button