JENAYAH & MAHKAMAH

Bapa dipenjara 21 tahun, 20 sebatan selepas mengaku rogol, amang seksual anak

SANDAKAN – Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 21 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan merogol serta melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandungnya yang berusia 15 tahun.

Hakim Roslinda Razali menjatuhkan hukuman itu selepas lelaki berusia 50 tahun berkenaan mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan di hadapannya.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh dihukum penjara 20 tahun dan 18 sebatan selepas didapati bersalah merogol anak kandungnya mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, kesalahan itu dilakukan pada pukul 3 pagi pada 1 Mac lalu di sebuah rumah di Batu 21, di sini.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu turut mengaku bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa pada masa dan lokasi yang sama.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan lima sebatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, namun memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dengan hukuman bagi pertuduhan rogol bermula dari tarikh tertuduh ditangkap.

Selain itu, mahkamah turut menjatuhkan hukuman tambahan penjara setahun dan dua sebatan di bawah Seksyen 16(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang diperintahkan dijalankan secara berasingan.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku ketika mangsa sedang tidur di ruang tamu rumah. Ibu mangsa dilaporkan cuba menghalang perbuatan tertuduh, namun dipukul sehingga menyebabkan wanita itu ketakutan.

Mangsa kemudian membuat laporan polis pada keesokan harinya sebelum tertuduh berjaya ditahan untuk siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button