BERITA SEMASA

Bantuan awal persekolahan diteruskan – KPM

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan diteruskan bagi sesi persekolahan 2026.

KPM dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya berkata, pemberian RM150 secara one-off itu diharapkan akan membantu meringankan kos menyediakan kelengkapan persekolahan.

“BAP 2026 akan diteruskan dengan pemberian RM150 secara one-off kepada lebih 5.2 juta murid sekolah, termasuk pelajar Tingkatan 6, bagi membantu meringankan kos menyediakan kelengkapan persekolahan,” kata KPM dalam hantaran itu, hari ini.

Bagi tahun 2026, penyaluran bantuan akan kembali dibuat secara serahan tunai di sekolah melalui program pertemuan antara guru dengan ibu bapa.

“Pendekatan ini bukan sahaja memastikan penyampaian yang lebih berkesan, malah bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara guru, murid dan ibu bapa.

“Komitmen berterusan ini mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan murid sentiasa terpelihara demi kelangsungan pendidikan berkualiti,” kata kenyataan itu lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button