
Tidak perlu isi borang bagi dapatkan Bantuan Awal Persekolahan
PUTRAJAYA – Ibu bapa dan penjaga tidak perlu mengisi borang permohonan bagi mendapatkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang akan diagihkan pada Januari 2024 nanti.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ini kerana bantuan itu akan disalurkan mengikut rekod yang ada di sekolah anak masing-masing.
“(BAP) untuk semua pelajar. Kami mengekalkannya seperti tahun lepas. Dia (nama pelajar) memang ada di sekolah, rekod itu sudah ada, mereka (ibu bapa dan penjaga) hanya perlu pergi ke sekolah dan ambil macam biasa. Itu proses macam biasa, macam tahun-tahun sebelum ini,” kata Fadhlina.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir merasmi Majlis Penutup Persidangan Antarabangsa Kaunselor Pendidikan, di sini hari ini.
Isnin lepas, Kementerian PePUTRAJAYA – Ibu bapa dan penjaga tidak perlu mengisi borang permohonan bagi mendapatkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang akan diagihkan pada Januari 2024 nanti.ndidikan (KPM) mengumumkan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM788.13 juta menerusi Belanjawan 2024 yang dibentangkan pada Jumaat lepas, khusus untuk tujuan BAP.
Kementerian memaklumkan bayaran BAP akan diberikan secara sekali bayar melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing, yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.25 juta murid.
Berkenaan persidangan ini, Fadhilah berkata, ia merupakan salah satu platform perkongsian profesional tahunan yang dihadiri oleh semua kaunselor pendidikan dari Bahagian Psikologi dan Kaunseling di bawah KPM.
Dalam ucapannya, Fadhlina berkata, pendekatan kaunseling khusus kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) perlu diberikan tumpuan.
“Dalam memberikan perkhidmatan kepada MBPK, guru bimbingan dan kaunseling perlu memahami aspek silang budaya, iaitu dalam konteks ini adalah budaya MBPK yang merupakan orang kurang upaya (OKU).
“Justeru, guru bimbingan dan kaunseling perlu lebih kreatif dan membuat inovasi supaya proses bimbingan dan kaunseling yang khusus dan lebih sesuai dapat dijana dan dilaksanakan terhadap klien MBPK,” katanya.
Beliau seterusnya menambah, KPM turut komited untuk mencapai sasaran nisbah seorang guru kaunseling bagi 250 murid sekolah rendah dan menengah bagi memastikan saranan dan intervensi yang diperlukan klien berjalan dengan efisien dan efektif.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








