POLITIK

Azwan Ali bangun 4.30 pagi pergi mengundi

GOMBAK – Selebriti sensasi pe­nuh kontroversi, Azwan Ali atau juga lebih popular dipanggil Diva AA bangun seawal 4.30 pagi hari ini untuk mengundi bagi Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang.

Lebih menarik, abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merupakan calon Perikatan Nasional (PN) di DUN berkenaan.

Menurut Azwan, 57, tanpa menamakan calon yang diundi, Azwan berkata, beliau tidak mengundi abannya dan menegaskan hanya akan memilih pemimpin yang berkaliber.

“Saya undi siapa? Jawapan saya senang. Bukan darah daging jadi percaturan. Kita undi adik beradik? Tidak.

“Isunya ialah sekarang kita mahu memilih calon yang berkaliber,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Klang Gate hari ini.

Pilihan Raya Negeri (PRN) DUN Hulu Kelang menampilkan saingan satu lawan satu membabitkan Azmin Ali melawan calon Pakatan Harapan (PH) Juwairiyah Zulkifli.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button