PM bincang isu Gaza, Asia Barat dengan pemimpin dunia di Sidang Kemuncak BRICS
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin dunia mengenai perkembangan geopolitik, termasuk konflik dan krisis kemanusiaan yang berlarutan di Gaza serta ketegangan di Asia Barat.
Anwar berkata, perkara itu dibincangkan ketika beliau menghadiri majlis makan malam sempena Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 malam tadi.

Antara pemimpin yang ditemui beliau ialah Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi; Presiden Indonesia, Prabowo Subianto; Presiden Kazakhstan; Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan; Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Menurut Anwar, perkembangan konflik dan krisis kemanusiaan yang terus berlaku di Gaza serta ketegangan di Asia Barat menuntut kesatuan tekad masyarakat antarabangsa, khususnya dalam kalangan pemimpin dunia.
āKeadaan ini menuntut kesatuan tekad masyarakat antarabangsa, khususnya para pemimpin dunia untuk menghentikan pertumpahan darah dan mengusahakan penyelesaian yang adil serta berkekalan,ā katanya menerusi hantaran di media sosial.
Dalam pada itu, Anwar berkata beberapa perkara berkaitan hubungan Malaysia-Mesir akan dibincangkan dengan lebih mendalam ketika Presiden El-Sisi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bulan depan.
Beliau turut memaklumkan perbincangannya bersama Prabowo menyentuh isu kebakaran hutan selain perkembangan konflik di Asia Barat yang memerlukan kesepakatan dan tindakan bersama.
“Saya turut memperbaharui jemputan kepada beliau untuk berkunjung ke Malaysia sesegera mungkin agar beberapa perkara dua hala yang masih tertangguh dapat dibincang dan dimuktamadkan,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








