Polis siasat video tular lelaki sepak budak perempuan
KOTA BHARU – Polis membuka satu kertas siasatan berhubung penularan rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki menyepak kanak-kanak perempuan di sebuah kedai makan terkenal di Telipot, di sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Azmir Damiri, pihaknya menerima laporan daripada orang awam pukul 10.24 malam tadi berhubung video itu yang tular di aplikasi Threads.
āVideo menunjukkan, seorang lelaki bertindak kasar dengan menyepak kanak-kanak perempuan yang dipercayai anaknya di sebuah kedai makan.
āPolis dalam tindakan mengesan lelaki dan kanak-kanak perempuan dalam rakaman itu,ā katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohd Azmir menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Inspektor Nur Faraheen Azman Lim menerusi talian 011-11136722.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






