JENAYAH & MAHKAMAH

Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan

HULU BERNAM – Sebuah telefon bimbit dipercayai milik Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah berjaya ditemukan dalam sebuah parit ladang kelapa sawit di Kg Sri Kledang, Hulu Bernam, hari ini.

Telefon berkenaan ditemukan sekitar pukul 12.20 tengah hari tadi oleh unit siasatan forensik sub akuatik yang mula menjalankan siasatan di sekitar lokasi di mana jenazah Nur Farah ditemukan, kelmarin.

Terdahulu, suspek disyaki terlibat dalam kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu turut dibawa ke lokasi berkenaan sekitar pukul 11.40 pagi tadi.

Sementara itu, ibu kepada mangsa difahamkan sudah diambil sampel DNA di Hospital Kuala Kubu Baharu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button