Moneywave perkukuh operasi dengan pembukaan ibu pejabat utama
KUALA LUMPUR – Selepas lebih tiga dekad beroperasi menerusi perkhidmatan di kaunter, penyedia perkhidmatan kewangan Malaysia, Moneywave, kini memasuki fasa baharu dengan pembukaan ibu pejabat utamanya di Wisma MCA, Jalan Ampang.
Pembukaan ibu pejabat berkenaan menandakan perkembangan baharu dalam perjalanan Moneywave untuk menggabungkan pengalaman perkhidmatan secara bersemuka dengan kemudahan teknologi digital, menerusi pendekatan “physical-and-digital” atau “phygital”.
Bermula sebagai sebuah kaunter pertukaran mata wang di Pandan Indah, Ampang, Moneywave kini memperluaskan model perkhidmatannya merangkumi pertukaran mata wang, kiriman wang dan penyelesaian untuk perniagaan, di samping pembangunan platform digital bagi memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berubah.
Ketua Pegawai Eksekutif Moneywave, Aiman Kallahan berkata, pengalaman lebih 30 tahun dalam industri memberikan syarikat pemahaman yang lebih jelas mengenai keperluan pelanggan ketika menjalankan urusan berkaitan pertukaran dan pemindahan wang.
“Kami menghabiskan 30 tahun mempelajari apa yang diperlukan orang apabila mereka memindahkan wang. Wisma MCA adalah tempat kami membina cawangan berdasarkan perkara itu, bukannya meminta pelanggan menyesuaikan diri dengan kaunter, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, pendekatan yang diperkenalkan Moneywave bukan sekadar mengenai pendigitalan perkhidmatan, sebaliknya bagaimana teknologi boleh digunakan untuk memberikan pengalaman yang lebih mudah kepada pelanggan tanpa menghilangkan nilai perkhidmatan secara bersemuka.
Pembukaan ibu pejabat di Wisma MCA mencerminkan perubahan Moneywave daripada sebuah perniagaan yang berasaskan kaunter kepada penyedia perkhidmatan yang menggabungkan akses fizikal dan digital.
Di lokasi baharu itu, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan pertukaran mata wang, kiriman wang serta penyelesaian untuk perniagaan di bawah satu bumbung.
Pada masa sama, platform digital Moneywave sedang dibangunkan bagi membolehkan pelanggan mengakses kemudahan transaksi menerusi telefon, di samping mendapatkan sokongan daripada perkhidmatan fizikal apabila diperlukan.
Pendekatan itu mengambil kira perubahan dalam tingkah laku pengguna, khususnya peningkatan kebergantungan terhadap perkhidmatan digital, tanpa mengenepikan pelanggan yang masih memilih untuk berurusan secara bersemuka.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
