Anak dilanggar ketika melintas jalan, ayah tumbuk pemandu wanita
SEREMBAN – Seorang lelaki bertindak memukul seorang pemandu wanita selepas terlanggar seorang kanak-kanak ketika melintas jalan di tapak bazar Aidilfitri dekat Taipan Senawang di sini, malam tadi.
Dalam video yang tular di media sosial itu, seorang lelaki dalam lingkungan usia 30-an beberapa kali menumbuk mangsa yang memandu Perodua Axia selepas dipercayai terlanggar anak suspek.
Sebelum itu, suspek bersama beberapa ahli keluarga dilihat terpaksa mendokong anak perempuannya ke tepi jalan selepas terbabit dalam kemalangan itu.

Tindakan lelaki berkenaan yang menumbuk mangsa sebaik memberhentikan keretanya dikecam netizen dan dianggap keterlaluan.
Ada juga yang mempersalahkan lelaki berkenaan kerana tidak memantau keselamatan anaknya ketika melintas jalan.
Warganet juga mengesyorkan wanita itu membuat laporan polis kerana diperlakukan secara kasar walaupun dipercayai sudah membuka pintu dan cuba meminta maaf.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








