BERITA SEMASAHIBURAN

Amylea umum perceraian, sudah tamat tempoh idah

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan komposer, Amylea Azizan mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Mohammad Aqbar Mohamad dalam perkongsian di media sosial malam tadi.

Amylea yang juga bintang Akademi Fantasi (AF) musim ketiga memuat naik khabar mengejutkan itu melalui hantaran di Instagram beliau.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan tarikh sebenar perceraian dan punca mereka berpisah.

“Assalamualaikum WBT, berat rasa hati untuk memaklumkan yang saya bukan lagi isteri kepada Mohammad Aqbar Mohamad.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak. Saya sangat hormati dan sangat sayangi ibu mertua dan seluruh ahli keluarga bekas suami dan anak-anak tiri saya. Kami masih berhubungan dengan baik,” katanya.

Dalam perkongsian itu, Amylea turut memaklumkan bahawa tempoh idah beliau telah berakhir dan berharap semuanya dalam keadaan baik.

Tangkap layar status yang dimuatnaik Amylea di akaun Instagram beliau.

“Saya sudah lama tamat idah dan saya dalam keadaan sejahtera. Saya doakan kesedihan seperti saya tidak akan berulang pada orang-orang yang saya sayang.

“Sesungguhnya saya ikhlas dalam perkahwinan kami dan sekarang redha dengan takdir Allah. Doakan saya.

“This news tak sepenting hal yang berlaku di dunia tapi saya hanya nak mengelakkan fitnah. Terima kasih,” tulisnya lagi.

Amylea mendirikan rumah tangga dengan Aqbar atau lebih dikenali sebagai Ash pada 27 November 2023.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button