Amira Aisya Presiden MUDA yang baharu
CYBERJAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Amira Aisya Abdul Aziz, diumum sebagai Presiden MUDA yang baharu bagi penggal 2026-2029.
Pemangku Presiden MUDA itu dipilih menyandang jawatan utama parti berkenaan oleh 25 Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP) MUDA yang bermesyuarat petang tadi.
Hasil keputusan mesyuarat pertama JKEP MUDA itu diumumkan Pengarah Pemilihan Parti, Muhammad Zaim Zulkafli.
Sebelum itu, Muhammad Zaim turut mengumumkan senarai 25 Ahli JKEP yang dipilih perwakilan parti itu pada pemilihan kali ini.
Sementara itu, Amira Aisya dalam satu sidang media yang diadakan kemudian turut mengumumkan pelantikan Zaidel Baharuddin sebagai Timbalan Presiden parti berkenaan.
Jawatan Naib Presiden pula disandang Leben Siddarth, Faezah Rozalman, Zarul Afiq, Dobby Chew dan Dr Siva.
Turut diumumkan, Ainie Haziqah sebagai Setiausaha Agung dan Rashid Abu Bakar memikul tugas Ketua Penerangan.
Pagi tadi, MUDA yang diluluskan sebagai sebuah parti politik pada 23 Disember 2021, mengadakan pemilihan parti pertamanya bagi memilih 25 Ahli JKEP.
Seramai 125 perwakilan MUDA yang layak memilih 25 JKEP daripada 31 calon yang bertanding pada pemilihan parti itu. kali ini.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga bekas Presiden MUDA, tidak bertanding pada pemilihan kali ini susulan kes mahkamah yang dihadapinya masih berjalan, sekali gus menutup laluannya untuk kembali menerajui parti itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








