BERITA SEMASAHIBURAN

Amir Raja Lawak minta hutang RM18,000 dari Awesome TV, mahu rawat bapa hidap kanser usus

KUALA LUMPUR – Pelawak dan personaliti media sosial, Amir Raja Lawak meluahkan rasa kecewa terhadap pihak produksi Awesome TV yang didakwa masih belum melunaskan pembayaran penuh bagi khidmatnya meskipun telah dimaklumkan tentang keadaan kesihatan bapanya yang kini menghidap kanser usus.

Dalam satu hantaran di Facebook, Amir mendesak bayaran sebanyak RM18,000 dibayar secara penuh tanpa diskaun dan tanpa sebarang bayaran ansuran.

“Awesome TV, sila clearkan payment saya secepat mungkin! Abah saya kena kanser usus! Saya nak 18k solid tanpa diskaun, tanpa bayar ansur-ansur. Ini soal hidup dan mati abah saya,” luahnya tegas.

Menurut Amir, beliau bukan meminta sedekah atau meminjam wang, sebaliknya menuntut haknya yang sepatutnya sudah dijelaskan oleh pihak produksi.

“Saya tak minta duit kamu, saya tak minta pinjam duit, yang saya minta adalah duit saya, hak saya,” tegasnya lagi.

Amir berkata beliau telah memaklumkan keadaan bapanya kepada pihak produksi sejak awal bapanya dimasukkan ke hospital. Namun dakwanya, tiada maklum balas positif diterima.

Tambahnya, pihak terbabit hanya menawarkan bayaran pendahuluan RM3,000 selepas isu ini tular minggu lalu, namun beliau menolaknya kerana pengalaman lalu menunjukkan tiada bayaran susulan diterima walaupun bayaran awal telah diberi.

“Sebelum ni diorang pernah bagi 5k awal tahun lalu, selepas setahun lebih sampai sekarang ni belum dapat apa-apa tambahan lagi. Jadi kenapa saya perlu ambil 3k?” soal Amir.

Dalam pada itu, Amir turut memohon doa agar bapanya segera sembuh daripada penyakit tersebut dan kembali sihat seperti sediakala.

“Semoga abah saya cepat kembali sembuh, pulih, sihat seperti biasa seperti sediakala. Amin Ya Mujib.”

Setakat ini, tiada kenyataan balas rasmi daripada pihak Awesome TV berhubung dakwaan tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button