Bayaran tertunggak, Amir Raja Lawak terpaksa jual kereta
KUALA LUMPUR – Pelawak dan usahawan, Amir Raja Lawak terpaksa menjual kereta kesayangannya, Proton Juara, selepas bayaran daripada sebuah stesen televisyen masih belum diterima sehingga kini.
“Bayaran masih belum masuk. Hari ini saya terpaksa jual kereta demi menampung keperluan yang lebih penting,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Menurut Amir, walaupun hanya seketika memilikinya, Proton Juara itu menyimpan banyak memori dan berjasa besar dalam kehidupannya.
“Kereta ni menjadi pengangkutan utama sewaktu menjalankan perniagaan kecil.
“Kereta ni teman setia saya masa meniaga air, ikut ke Johor, ke Perak. Ada perancangan nak cantikkan dan jadikan untuk aktiviti ‘camping’, tapi tak kesampaian,” jelasnya.
Tambahnya, keputusan melepaskan kenderaan tersebut bukanlah mudah, namun ia dibuat setelah mengambil kira komitmen semasa yang lebih mendesak.
“Kadang-kadang, kita kena lepaskan sesuatu yang kita sayang untuk teruskan hidup dan urus apa yang lebih penting,” ujarnya.
Amir yang aktif dalam perniagaan kecil di samping penglibatan berterusan dalam industri hiburan kini berdepan kekangan kewangan susulan pembayaran tertunggak daripada sebuah stesen televisyen.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








