BERITA SEMASAHIBURAN

Amir Raja Lawak terharu, Pak Mat Western beri sokongan awal lancar ‘Set I’m Sorry’ RM89.90

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pempengaruh media sosial, Amir Raja Lawak meluahkan rasa syukur apabila menerima sokongan penuh daripada jenama makanan popular, Pak Mat Western (PMW) menerusi kerjasama eksklusif pelancaran produk baharu, Set I’m Sorry.

Meskipun berdepan cabaran termasuk isu pembayaran tertunggak oleh sebuah syarikat penerbitan baru-baru ini dan penerbangannya yang tertunda, Amir tetap tenang dan positif menghadapi ujian tersebut.

“Dah la payment kena sidai, flight pun delay. Tapi tak ada apa pun, semua okey je. Alhamdulillah,” tulisnya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Amir yang sepatutnya berlepas ke Pulau Pinang sempat berkongsi keterujaan terhadap projek kolaborasi bersama PMW yang menurutnya bukan sahaja memberi peluang perniagaan, malah menunjukkan keprihatinan syarikat itu apabila turut menyampaikan saguhati sebelum beliau berangkat.

“Belum mula lagi, mereka dah hulur sikit. Dapat juga saya tinggalkan duit belanja untuk keluarga,” katanya.

Menariknya, Amir bakal membuat penampilan secara langsung malam ini bagi mempromosikan produk kambing perap keluaran PMW menerusi Set I’m Sorry yang ditawarkan pada harga istimewa RM89.90.

“Sebelum ni saya cuma tengok orang lain buat live dengan PMW. Tapi kali ini saya sendiri yang kendalikan live, siap ada set eksklusif sendiri. Memang saya terharu dengan penghargaan yang mereka beri,” ujarnya.

Dalam masa sama, Amir turut menyeru peminat serta pengikutnya agar memberikan sokongan kepada kempen jualan tersebut kerana ia turut menyumbang kepada komisen peribadi beliau.

“Sekarang pun dah boleh mula buat pembelian. Untuk tempahan, boleh klik pautan ini: https://pakmatwestern.info,” tambahnya.

Amir yang sebelum ini dikenali sebagai finalis program Raja Lawak bukan sahaja aktif dalam bidang lakonan dan komedi, malah gigih menjana pendapatan menerusi platform digital serta membina komuniti pengikut tersendiri.

Terdahulu, beliau menuntut pihak Awesome TV menyelesaikan bayaran tertunggak sebanyak RM18,000 yang dijanjikan bagi menampung kos rawatan penyakit kanser usus yang dihidapi bapanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button