BERITA SEMASAKEMENTERIAN KOMUNIKASI

Akta Perkhidmatan Pos bakal dipinda selaras perkembangan e-dagang – Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA – Kerajaan akan meminda Akta Perkhidmatan Pos 2012 bagi memastikan ia kekal relevan dengan perkembangan pesat industri kurier dan e-dagang.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pindaan itu akan mengambil kira perubahan teknologi serta keperluan semasa termasuk penghantaran bungkusan dan barangan dalam ekosistem digital.

“Memang hasrat Kementerian Komunikasi untuk meminda Akta Perkhidmatan Pos 2012 mengambil kira beberapa perkembangan baru dalam teknologi hari ini.

“Dalam masa yang sama, ada beberapa aspek dalam penghantaran pos surat-surat yang selama ini disebut sebagai universal service obligation.

“Kita akan mulakan usaha untuk membuat pindaan itu dan tukar takrif universal service obligation supaya ia seiring dengan perkembangan dan pemahaman kita tentang penghantaran parcel dan produk-produk barang bila dilengkapkan dalam ekosistem e-dagang,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program NADI Usahawan@Shopee di Hotel Everly, di sini hari ini.

Tambah beliau berkata, draf pindaan telah disediakan dan akan dibawa ke peringkat Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

“Saya harap kalau kita sempat, menjelang hujung tahun.

“Pada masa yang sama saya alu-alukan pemain industri termasuk Shopee dan juga penghantar-penghantar kurier untuk turut ke depan memberi pandangan dan cadangan mereka sendiri untuk penambahbaikan terhadap akta tersebut,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button