Akmal ajak bertumbuk macam samseng – Lokman
KUALA LUMPUR – Ketua Sekretariat Media Kerajaan Perpaduan, Datuk Lokman Noor Adam menyifatkan tindakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh yang mencabarnya bertumbuk sebagai perbuatan tidak matang dan kebudak-budakan.
Lokman berkata, beliau terkilan apabila seorang pemimpin muda yang memegang jawatan setaraf naib presiden UMNO sanggup mengajak orang bertumbuk seperti samseng jalanan.
“Bukan semua orang perangai kebudak-budakan macam Akmal. Dia pegang jawatan besar dalam parti, tapi perangai macam samseng tepi jalan, ajak orang bertumbuk,” katanya ketika siaran langsung di aplikasi Tiktok hari ini.
Menurut Lokman, jika benar Akmal mahu menguji keberanian, beliau sepatutnya mencari lawan yang setaraf dari segi usia dan fizikal, bukannya bertindak seperti membuli orang yang lebih berusia.
Dalam masa sama, Lokman mengakui isu yang dibangkitkan Akmal seperti penjualan stokin berkalimah Allah dan pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik wajar ditegur.
Lokman berkata, cara yang dipilih Ketua Pemuda UMNO itu tidak mencerminkan kematangan seorang pemimpin.
“Kalau nak teguh (dalam isu stokin dan bendera), saya sokong. Tapi saya tidak akan sesekali bersetuju dengan cara yang Akmal buat,” katanya lagi.
Lokman turut menyelar tindakan Pemuda DAP (DAPSY) Johor yang mempertahankan pengendali klinik selepas lesen mereka digantung 30 hari berhubung kes bendera terbalik di Pontian.
Beliau berpandangan langkah itu hanya menguatkan pengaruh politik ekstremis dan boleh menjejaskan keharmonian dalam kerajaan perpaduan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








