BERITA SEMASADALAM NEGERI

Akaun WhatsApp Johari Abdul dipalsukan scammer

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul hari ini mendedahkan identitinya digunakan oleh sindiket penipuan melalui aplikasi WhatsApp untuk meminta wang.

Johari berkata, sindiket berkenaan yang menggunakan gambar beliau pada paparan akaun WhatsApp telah menghantar mesej kepada ratusan rakannya dengan alasan meminjam wang.

Terpedaya dengan mesej yang dikirim, ada dalam kalangan kenalannya mendakwa memasukkan wang sehingga RM20,000 ke akaun yang diberikan.

“Saya difahamkan sejak 25 haribulan yang lalu, hingga semalam, masih ada individu yang memasukkan duit kepada scammer tersebut.

“Salah seorang daripada mereka (kenalan) memaklumkan kepada saya dia sudah memasukkan wang RM20,000. Scammer pada asalnya meminta RM5,000 tetapi dia hantar RM20,000 kerana menyangka saya yang meminta,” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.

Sehubungan itu katanya, beliau sudah memaklumkan perkara tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang bertindak mematikan akaun WhatsApp berkenaan.

Johari juga menyeru orang ramai yang telah berbuat demikian membuat laporan kepada polis dan menyimpan segala bukti pembayaran dan menyerahkannya ke pejabat beliau untuk tindakan lanjut kepada SKMM.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button