BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Ahmad’s Fried Chicken buka cawangan baharu, tawar Ayam Gepok Berapi RM6.70 sen

SHAH ALAM – Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin mencabar, Ahmad’s Fried Chicken (AFC) terus tampil menawarkan ayam goreng pedas berkualiti pada harga mampu milik apabila melancarkan cawangan baharunya di Alam Megah di sini.

Bermula hanya RM4.99, jenama tempatan itu komited membawa pengalaman menikmati ayam goreng yang sedap, rangup dan penuh rasa tanpa membebankan pelanggan.

Menurut pihak pengurusan Ahmad’s Fried Chicken, pembukaan cawangan di Alam Megah bukan sekadar memperluaskan operasi, sebaliknya menjadi sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan dan mendekati komuniti setempat.

“Kami masih dalam perjalanan membina jenama Ahmad’s Fried Chicken. Fokus kami mudah – kami mahu jadi antara jenama ayam goreng pedas terbaik Malaysia pada harga yang rakyat biasa masih mampu beli,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, sempena majlis perasmian cawangan baharu di Alam Megah hari ini, kira-kira 30 anggota bomba diraikan menerusi pemberian juadah percuma dan turut dihadiri pelakon, Putra Amaris.

 Ahmad's Fried Chicken
Pelakon, Putra Amaris merasmikan cawangan baharu Ahmad’s Fried Chicken di Alam Megah Shah Alam. – Foto Najmi Zuke

Wakil bomba, Mohamad Alifi Mohd Zakari yang merupakan Pegawai Bomba Kanan 1 dari Seksyen 15, Shah Alam turut meluahkan rasa gembira dapat bersama-sama meraikan pembukaan premis tersebut.

“Kami gembira dapat turut serta memeriahkan suasana dan meraikan komuniti di sini. Inisiatif seperti ini memberi peluang untuk kita lebih dekat dengan masyarakat,” katanya.

Tambah kenyataan itu, sepanjang lebih setahun lalu, Ahmad’s memberi tumpuan kepada penambahbaikan rasa ayam, operasi dapur, kualiti makanan dan pengalaman pelanggan bagi memastikan setiap hidangan lebih konsisten.

“Kami belajar banyak perkara sepanjang perjalanan ini. Kami sedar masih banyak yang perlu diperbaiki dan sebab itu kami terus beri perhatian kepada rasa, servis dan nilai yang pelanggan dapat setiap kali datang ke Ahmad’s,” katanya.

Selain menawarkan menu pada harga berpatutan, Ahmad’s Fried Chicken turut memperkenalkan beberapa inisiatif bagi memberi nilai tambah kepada pelanggan termasuk program cashback dan peluang menjana pendapatan menerusi sistem 5 Tier Affiliate Income.

Melalui sistem tersebut, pelanggan dan penyokong jenama Ahmad’s berpeluang memperoleh pendapatan tambahan dengan berkongsi promosi serta membantu memperkenalkan Ahmad’s kepada lebih ramai orang.

Dalam pada itu, Ahmad’s turut melihat fenomena “demam ayam gepok” yang semakin mendapat perhatian rakyat Malaysia kebelakangan ini, namun ramai pelanggan mula mengeluh berikutan harga ayam gepok di pasaran semakin mahal dan kurang mesra poket.

Sebagai alternatif lebih mampu milik, Ahmad’s memperkenalkan Ayam Gepok Berapi pada harga RM6.70 lengkap dengan nasi, ayam goreng rangup, sambal Mad Gepok berapi, kobis goreng, tempe dan sup.

Menurut Ahmad’s, menu tersebut diperkenalkan bagi membolehkan lebih ramai pelanggan menikmati hidangan ayam gepok yang sedap, pedas dan mengenyangkan tanpa perlu berbelanja besar.

Antara menu popular lain yang ditawarkan termasuk Ayam Goreng Pedas Signature Ahmad’s, Mad’s Chicken, Cheese Burger dan Mad’s Long Sausage.

Ahmad’s turut mengekalkan komitmen menyediakan makanan segera halal yang sesuai untuk keluarga, mudah diakses dan mesra komuniti setempat.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan pelancaran rasmi Ahmad’s Fried Chicken Alam Megah bersama keluarga dan rakan-rakan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button