BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Ahli perniagaan rugi hampir RM1.5 juta terpedaya skim pelaburan palsu di media sosial

NILAI – Seorang ahli perniagaan tempatan kerugian hampir RM1.5 juta selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan melalui laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa lelaki berusia awal 50-an di kaunter aduan Balai Polis Pantai, di sini, pada pukul 4.20 petang, semalam.

Menurutnya, mangsa memaklumkan dia mula berkenalan dengan seorang individu tidak dikenali di Facebook sejak April lalu sebelum tertarik dengan tawaran pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan.

“Mangsa diminta memuat turun satu aplikasi dikenali sebagai ‘CDT MAX’ ke dalam telefon bimbit sebagai platform pelaburan. Dia kemudian membuat 15 transaksi ke tujuh akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1,449,750,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Abdul Malik, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas diminta membuat bayaran tambahan sekiranya mahu mengeluarkan keuntungan pelaburan tersebut.

Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button