BERITA SEMASA

Ahli Parlimen tidak sokong RUU hadkan jawatan PM wajar ditolak dalam PRU akan datang

CYBERJAYA – Ahli Parlimen yang tidak menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri wajar ditolak dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek berkata, rakyat berhak mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen yang tidak mendukung RUU ini kerana ia mencerminkan sikap tidak bersama dalam agenda reformasi negara.

“Wanita PKR menzahirkan kekecewaan terhadap kegagalan meluluskan RUU berkenaan di Dewan Rakyat.

“RUU berkenaan adalah sebahagian daripada agenda reformasi institusi yang bertujuan memperkukuh amalan demokrasi, tatakelola dan tadbir urus negara.

Keputusan sebahagian Ahli Parlimen yang tidak menyokong pindaan itu di Dewan Rakyat hari ini, umpama sebagai pengkhianatan terhadap usaha mereformasikan institusi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, RUU tersebut gagal memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Parlimen apabila hanya 146 Ahli Parlimen menyokong, sementara 32 Ahli Parlimen tidak hadir dan 44 Ahli Parlimen lagi memilih untuk berkecuali.

Sebagai rekod, kelulusan RUU pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan sekurang-kurangnya 148 sokongan Ahli Parlimen.

Fadhlina seterusnya berkata, Wanita PKR menyatakan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta agenda kerajaan MADANI untuk terus memperkukuh tadbir urus negara demi manfaat seluruh rakyat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button