BERITA SEMASA

Agong, Permaisuri terima cucu baharu

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah selamat menerima kehadiran seorang cucu baharu, semalam.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Jumaah Majlis Diraja johor hari ini, kelahiran tersebut disambut penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh seluruh keluarga diraja.

Pengumuman yang turut dikongsikan di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas kurniaan cucu ketujuh baginda.

“Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, Jumaah Majlis Diraja mengumumkan bahawa Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda johor telah selamat melahirkan seorang puteri pada hari Ahad, 5 April 2026.

“Alhamdulillah! Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor dan puterinya berada dalam keadaan sihat walafiat,” menurut kenyataan itu

Dalam pada itu, Jumaah Majlis Diraja berdoa semoga Allah mengurniakan kesihatan, kecerian dan bertambah kedaulatan untuk Kerabat Diraja Johor.

Orang ramai turut menzahirkan ucapan tahniah dan doa kesejahteraan kepada Seri Paduka Baginda berdua atas kelahiran tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button