Mohammad dilantik Panglima Angkatan Tentera yang baharu
KUALA LUMPUR – Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT) yang baharu bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkuat kuasa hari ini.
Pada masa sama, Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dinaikkan pangkat daripada Leftenan Jeneral ke Jeneral seterusnya memegang tampuk pemerintahan Panglima Tentera Darat yang ke-30.
Majlis serah terima tugas dua panglima tentera ini disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan di Wisma Pertahanan, di sini.
Dalam pada itu, Menteri Pertahanan dalam ucapannya berkata, perlantikan Mohammad yang merupakan anak jati Machang, Kelantan ini adalah atas kecemerlangan beliau sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Bahkan, ketika negara dilanda pandemik Covid-19, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Bersama Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF), yang telah berjaya menyelaras proses pemulihan, dan membantu Malaysia keluar daripada pandemik Covid-19, melalui Program Imuninasi Covid-19 Kebangsaan pada tahun 2021.
“Muhammad Hafizuddeain pula merupakan anak kelahiran Segamat, Johor mempunyai pengalaman berkhidmat selama 35 tahun. Beliau bersama Mohammad masing-masing mengalaskan tugas sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) dan Panglima Tentera Darat (PTD) sejak bulan Mac yang lalu bagi manggantikan Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain yang telah bersara,” katanya.
Walaupun kedua-dua panglima ini baru saja dilantik memegang tampuk perkhidmatan Tentera Darat sejak Mac yang lalu, Menteri Pertahanan itu yakin kedua-dua mereka mampu menggalas tugas dengan baik.
Terdahulu, Affendi Buang mengakhiri perkhimatan beliau untuk bersara wajid setelah dilantik menjadi PAT yang ke-21 sejak Januari, 2020.
Beliau telah berkhidmat lebih 4 dekad dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pernah menjadi juruterbang bagi pesawat pejuang MB339A, A4-PTM Skyhawk dan Mig-29N.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








