BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Dua wanita Uzbekistan dikerat tanpa kepala di Turkiye

ISTANBUL – Dua lelaki yang ditahan kerana disyaki membunuh seorang wanita warga Uzbekistan sebelum mencampakkan mayat tanpa kepala ke dalam tong sampah di daerah Sisli, dipercayai turut terlibat dalam pembunuhan seorang lagi wanita dengan modus operandi sama.

Media Turkiye semalam melaporkan, kedua-dua mangsa yang merupakan warga negara sama itu dipercayai dibunuh di lokasi sama sekitar 23 Januari lalu.

Pada 24 Januari, polis menemui mayat tanpa kepala milik Durdona Khakimova, 37, yang dibalut dengan cadar sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Kedua-dua kaki mangsa turut dipotong.

Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pihak berkuasa menahan dua suspek lelaki warga Uzbekistan di Lapangan Terbang Istanbul ketika cuba meninggalkan negara itu.

Perkembangan terbaharu menyaksikan penyiasat percaya kedua-dua suspek turut membunuh seorang lagi wanita, Ergashalieva Sayyora, 32, selepas beberapa bahagian anggota badan ditemui di beberapa tong sampah berasingan di sekitar bandar ini, menurut laporan agensi berita DHA dan Halk TV.

Sayyora dilaporkan tiba di Turkiye pada 28 Disember lalu dan masih berhubung dengan keluarganya sehingga 23 Januari sebelum dilaporkan hilang.

Siasatan lanjut berhubung motif dan hubungan antara suspek dengan kedua-dua mangsa masih dijalankan pihak berkuasa Turkiye.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button