BERITA SEMASA

Pembedahan bariatrik jadi pilihan atasi masalah obesiti

KUALA LUMPUR – Pembedahan bariatrik  yang dianggap sebagai pembedahan kosmetik kini menjadi pilihan sebagai rawatan klinikal untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan atau obesiti.

Menurut Pakar bedah bariatrik, Dr Mustafa Mohamed Taher, pembedahan itu bukan saja boleh mengatasi masalah obesiti, tetapi turut membantu mengatasi pelbagai masalah kesihatan yang lain. 

Katanya, pembedahan bariatrik juga mampu membantu golongan itu pulih daripada penyakit metabolik seperti darah tinggi, kolesterol tinggi dan paling utama, kencing manis.

“Malaysia memang adalah (kalangan negara) yang paling tinggi kencing manis dan kalau kita banding dengan negara-negara di Asia Tenggara yang lain pesakit Malaysia perlukan lebih daripada satu ubat berbanding negara lain perlukan hanya satu ubat.

“Kalau umur 40 lebih itu biasa kalau dapat penyakit kencing manis dan darah tinggi, padahal benda ini tak betul.

“Kita mahu tingkatkan kesedaran untuk pesakit sebab mencegah itu lebih baik daripada mengubati dan sebab itu juga lebih senang untuk kita rawat mereka yang belum obes,” katanya pada sidang media bagi meraikan kejayaannya sebagai salah seorang pakar bedah bariatrik di Asia Tenggara, di sini, semalam. 

Mengulas lanjut, Mustafa berkata, mereka yang menjalani pembedahan bariatrik juga akan dipantau sekurang-kurangnya selama lima tahun bagi mendapatkan rawatan susulan. 

Menurut beliau, ia adalah mengelakkan pesakit-pesakit yang menjalani pembedahan tersebut menghadapi sebarang komplikasi selepas pembedahan dilakukan. 

“Kita bukan hanya buat surgeri (pembedahan) lepas itu bye bye…tiada touch n go. Kita akan ada satu perjalanan yang panjang.

“Sebab itu kita buat benda ini (pembedahan) untuk gaya hidup. Kita akan pastikan ada follow up (pemeriksaan susulan) sampai lima tahun untuk pesakit kita…bukan sekadar mereka buat pembedahan sahaja,” ujarnya lagi. 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button