Glocal Travel tawar tiga pakej haji eksklusif serba lengkap
KUALA LUMPUR — Pengumuman syarat kesihatan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi semua jemaah haji musim 1447H/2026M baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi.
Ramai yang terkejut dan tidak kurang pula menerima ketetapan baharu itu sebagai sesuatu yang positif, pada masa sama berusaha meningkatkan kesedaran tentang pentingnya aspek penjagaan kesihatan ketika menunaikan rukun kelima umat Islam itu.
Menyedari keperluan penjagaan kesihatan fizikal dan mental para jemaah, Glocal Travel & Tours Sdn Bhd (Glocal Travel), komited dalam menambahbaik perkhidmatan kepada bakal jemaah di negara ini.
Berbekal 13 tahun pengalaman dalam pakej umrah dan dua tahun pengendalian haji, Glocal Travel pada tahun ini tampil dengan tiga pakej haji yang lebih komprehensif.
Tawaran pakej haji eksklusif bermula dengan Elaf Eksklusif pada harga RM49,900; Rotana Eco (RM58,99) dan Rotana Premium (RM88,900).

Pengarah Glocal Travel, Datuk Mohd Idzham Mohd Isa berkata, program haji pada tahun ini diperkemas dengan standard pengurusan lebih tinggi khususnya dari aspek bimbingan ibadat, pemantauan kesihatan dan pengurusan kerohanian.
“Musim haji menguji ketahanan fizikal dan mental. Sebab itu kami mengintegrasikan elemen kerohanian dan kesihatan dalam setiap pakej yang ditawarkan.
“Hasrat kami adalah untuk membantu jemaah melaksanakan ibadah dalam keadaan hati, jasad, rohani dan fikiran yang paling bersih demi meraih haji Mabrur,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran pakej Haji Glocal Travel, semalam.
Melalui pakej yang ditawarkan, jemaah akan diberikan bimbingan ibadah dan kerohanian secara komprehensif di tiga fasa utama iaitu sebelum, semasa dan selepas menunaikan rukun-rukun haji.
“Dengan nisbah empat orang pengiring bagi setiap kumpulan, para jemaah mempunyai keselesaan untuk membuat rujukan atau bertanyakan sesuatu ketika memerlukan.
“Setiap kali selepas menunaikan ibadah pula, kami tawarkan sesi ‘post mortem’ untuk menilai pelaksanaan setiap ibadah,” kata Ustaz Muhidin Mukter dan Isfadiah Mohd Dasuki yang mengetuai kaunselor jemaah lelaki dan wanita.

Bagi memastikan jemaah berada pada tahap kesihatan yang baik sebelum dan semasa berada di Tanah Suci, Glocal Travel buat kali pertama tahun ini melengkapkan pakej dengan iringan doktor bertauliah, Dr. Madya Mohd Hisham Mohd Isa.
Menurut Dr. Mohd Hisham, tiga fasa utama kesihatan yang disediakan adalah kempen cakna kesihatan, penilaian sebelum berangkat dan nasihat berterusan sepanjang tempoh haji.
Sementara itu, Mohd Idzham berkata, bagi musim haji tahun depan, pihaknya mensasarkan penyertaan sehingga 200 orang jemaah berbanding 78 orang pada musim lalu.
Katanya, dengan rekod mengendalikan lebih 100,000 jemaah umrah sejak penubuhannya, Glocal Travel yakin dapat menawarkan pakej bernilai premium dengan keselesaan maksimum.
Pakej yang ditawarkan termasuk set bagasi lengkap, penginapan di hotel lima bintang pada jarak 100 meter dengan Masjidilharam, perjalanan menaiki keretapi laju dari Mekah ke Madinah dan kemudahan logistik terbaik.
Beliau berkata, orang ramai yang ingin mendapatkan penerangan lanjut mengenai pakej yang ditawarkan boleh berkunjung ke Pameran Haji dan Umrah di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA pada 28, 29 dan 30 November ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








