Kerajaan teliti keperluan lesen aplikasi AI – Fahmi
KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang meneliti keperluan untuk memperkenalkan lesen bagi aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan penggunaannya tidak disalahgunakan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Menurut Fahmi, pada masa ini tindakan penguatkuasaan hanya tertumpu kepada penghantaran kandungan yang menyalahgunakan rangkaian komunikasi atau bersifat jelik melampau.
“Untuk AI itu sendiri, pada waktu ini kesalahan adalah kepada penghantaran penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian untuk berkomunikasi kandungan yang melanggar undang-undang jelik melampau,” katanya dalam sidanv media selepas merasmikan Hari Keselamatan Internet di sini, hari ini.
Menurut Fahmi, penggubalan akta khusus berkaitan AI masih belum dimuktamadkan dan kerajaan menyerahkan perkara itu kepada Kementerian Digital, manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) lazimnya bertanggungjawab dalam aspek pelesenan.
“Waktu ini belum ada akta tertentu untuk AI, jadi kita kena tunggu. Fokus kita sekarang adalah kepada mereka yang menghantar mesej atau kandungan penyalahgunaan rangkaian untuk tujuan penghantaran kandungan jelik melampau. Kita ada kuasa itu, tetapi kita belum berhasrat menggunakan,” ujarnya.
Beliau berkata, kerajaan masih meneliti keperluan kawal selia AI termasuk mendapatkan dapatan dan saranan daripada badan-badan penguatkuasaan sebelum sebarang tindakan lanjut dilaksanakan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















