BERITA SEMASA

Agong terima mengadap Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming di Istana Negara di sini hari ini. 

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pada pertemuan itu baginda menerima taklimat mengenai laporan serta perkembangan semasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) termasuk kesiapsiagaan dan keupayaan jabatan itu dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan awam serta mengendalikan operasi kecemasan di seluruh negara.

Agong
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim terima mengadap Nga Kor Ming di Istana Negara hari ini.

Sultan Ibrahim turut berkenan dipersembahkan mengenai penganjuran Karnival Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 yang dijadualkan berlangsung di Johor Bahru pada Mei tahun ini.

Agong
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim terima mengadap Nga Kor Ming di Istana Negara hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Ts Nor Hisham Mohamad,
dan Timbalan Ketua Pengarah JBPM (Pembangunan), Datuk Othman Abdullah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button