BERITA SEMASADALAM NEGERIJENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan lelaki warga Bangladesh miliki pistol tiruan

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki warga asing kerana memiliki sepucuk senjata api tiruan di satu unit kediaman sebuah kondominium di Cheras, di sini, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, suspek yang merupakan warga Bangladesh berusia 30 tahun ditahan dalam satu serbuan kira-kira jam 11.30 pagi.

Katanya, menerusi tangkapan itu, polis merampas sepucuk pistol jenama Heckler & Koch VP9 SK 9mmX19 tiruan bersama satu kelopak peluru.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut termasuk motif pemilikan senjata api tiruan berkenaan.

“Suspek yang juga seorang penganggur direman selama empat hari bermula tarikh tangkapan sehingga 6 Februari ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button