BERITA SEMASA

Tun Mahathir dilihat minum kopi di Pavilion Damansara

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat berada di sebuah premis di sini untuk menikmati kopi selepas beliau menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada awal bulan ini.

“Beliau keluar minum kopi di Pavilion Damansara,” menurut pembantu peribadinya, Sufi Yusoff.

Tambah beliau, Dr Mahathir masih belum dibenarkan keluar dari IJN.

“Tidak, beliau belum dibenarkan keluar. Ini hanyalah keluar sebentar untuk minum kopi,” katanya.

Berdasarkan gambar yang dikirim, Dr Mahathir kelihatan tenang dan sihat ketika berada di kafe tersebut.

Pada 6 Januari lalu, Dr Mahathir patah tulang pinggul kanan akibat terjatuh di kediamannya di The Mines.

Susulan itu, beliau telah dikejarkan ke IJN dan menerima rawatan di pusat perubatan itu.

Menurut kenyataan keluarganya, urusan ziarah buat masa ini dihadkan hanya kepada ahli keluarga terdekat sahaja.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button