Tun Mahathir berehat di IJN kerana keletihan
PUTRAJAYA – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad difahamkan sedang berehat di Institut Jantung Negara (IJN) susulan mengalami keletihan ketika menghadiri program Picnic & Potluck di Tasik Putrajaya, pagi tadi.
Bagaimanapun, beliau dijangka akan kembali ke kediamannya, malam nanti.
Terdahulu, Dr Mahathir dilaporkan meninggal program itu lebih awal, didakwa akibat keletihan.
Beliau tiba di lokasi program pada pukul 7.45 pagi dengan memandu sendiri sebelum mengayuh basikal secara ‘tandem’ di sekitar tasik diiringi pegawai keselamatan khas.
Bagaimanapun, selepas menamatkan kayuhan sejauh kira-kira lapan hingga sembilan kilometer, beliau dilihat keletihan dan duduk berehat di kerusi seketika sebelum menuju ke meja sarapan yang disediakan.
Program itu dianjurkan sempena sambutan kelahiran ke-100 beliau pada 10 Julai lalu serta ulang tahun kelahiran ke-99 isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada 12 Julai.
Antara yang menunggu kehadiran beliau ialah Siti Hasmah, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta anak beliau, Tan Sri Mokhzani Mahathir.
Lebih 500 orang hadir memeriahkan program dengan membawa pelbagai makanan untuk bersarapan secara santai bersama keluarga di tepi tasik.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









One Comment