BERITA SEMASADALAM NEGERI

Pegawai TLDM miliki hotel, enam aset hartanah disyaki rasuah ditahan bersama kroni

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang disyaki memiliki hotel dan enam aset hartanah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama seorang pengarah syarikat kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan rasuah melibatkan urusan sebut harga.

Suspek disyaki bersubahat dalam mengesyor serta melantik syarikat kroni untuk mendapatkan kerja-kerja di di lokasi pegawai TLDM itu bertugas.

Susulan penahanan itu, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari hingga 29 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret A. Hafiizh Abu Bakar selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak, hari ini.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 40-an dan 50-an itu ditahan semalam pada pukul 6.50 petang dan 9.40 malam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Ipoh.

“Siasatan awal mendapati perbuatan rasuah itu dipercayai berlaku antara 2017 hingga 2020.

“Turut dikesan, pegawai kanan TLDM berkenaan disyaki memiliki harta yang tidak sepadan dengan jumlah emolumen yang diterimanya,” kata sumber itu kepada Malaysia Tribune.

Menurutnya, pegawai tersebut dipercayai memiliki lapan aset tidak alih, terdiri daripada tiga rumah, tiga rumah kedai serta dua hotel yang didaftarkan di atas namanya.

Selain itu, siasatan juga mendapati terdapat kemasukan wang berjumlah kira-kira RM2 juta daripada sumber diragui ke dalam akaun peribadi serta dua akaun syarikat perhotelan milik pegawai berkenaan.

Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button