BERITA SEMASA

MAIS sokong tindakan JAIS arah pengosongan tapak perkuburan Islam di PJS 4

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang mengarahkan pengosongan sebuah tapak perkuburan Islam di PJS 4 susulan isu pencerobohan tanah wakaf yang melibatkan pembinaan struktur rumah ibadat secara tidak sah.

Pengerusi MAIS, Datuk Salehuddin Saidin berkata, pihaknya memandang serius penyebaran satu hantaran di media sosial Facebook oleh pemilik akaun Aliff Ahmad bertarikh 19 Januari 2026 yang telah tular dan menimbulkan pelbagai persepsi negatif terhadap pengurusan tanah wakaf Islam di Selangor.

@malaysiatribuneMajlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang mengarahkan pengosongan sebuah tapak perkuburan Islam di PJS 4 susulan isu pencerobohan tanah wakaf yang melibatkan pembinaan struktur rumah ibadat secara tidak sah. #malaysiatribune #majlisagama #mais #beritasemasa #trending

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Menurut beliau, MAIS menerima maklumat daripada JAIS bahawa pemantauan terhadap pencerobohan tanah berkenaan telah dijalankan sejak sekian lama, namun perkara itu berada di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri.

“Pihak Berkuasa Negeri telah memberikan tempoh sehingga 31 Mac 2026 kepada pihak berkaitan bagi menyelesaikan isu ini secara baik serta mengosongkan tapak tersebut seperti yang diarahkan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, MAIS menyokong penuh usaha JAIS dan agensi Kerajaan Negeri Selangor yang terlibat dalam menangani isu pencerobohan tanah wakaf berkenaan bagi memastikan kepentingan Islam terus terpelihara.

Dalam pada itu, Salehuddin menasihatkan kariah setempat serta masyarakat Islam agar sentiasa peka terhadap sebarang isu berkaitan pentadbiran agama Islam dengan menyalurkan maklumat atau aduan kepada MAIS dan agensi pelaksana seperti JAIS.

“Aduan ini penting bagi memastikan setiap isu yang berlaku dapat ditangani dengan lebih teratur dan berkesan,” katanya lagi.

Beliau turut berkata, MAIS kekal komited untuk memastikan kecekapan pentadbiran agama Islam di Selangor dilaksanakan dengan kerjasama semua agensi Kerajaan Negeri demi memelihara kepentingan Islam dan kesejahteraan umat Islam di negeri ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button