BERITA SEMASA

Agong terima menghadap PM, bincang hal ehwal semasa negara

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan perkembangan semasa hal ehwal negara serta urusan pentadbiran kerajaan.

Anwar berkata, dalam pertemuan itu beliau mempersembahkan maklum balas berkaitan pengurusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

“Ikhtiar berterusan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan serta kebajikan rakyat sentiasa terpelihara,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Perdana Menteri turut menzahirkan harapan agar Malaysia terus dikurniakan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang berpanjangan.

Sementara itu, Istana Negara memaklumkan Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Perdana Menteri bagi mendapatkan taklimat mengenai perkembangan semasa negara termasuk perkara berkaitan pentadbiran dan kesejahteraan rakyat.

Pertemuan tersebut berlangsung di Istana Bukit Tunku, di sini hari ini.

Istiadat menghadap berkenaan mencerminkan peranan Raja Berperlembagaan sebagai payung negara serta hubungan erat antara institusi Diraja dan Kerajaan dalam memastikan kestabilan dan kemakmuran negara terus terpelihara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button