Agong berkenan kurnia surat cara pelantikan 14 hakim baharu
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi di Istana Negara, hari ini.

Istiadat berkenaan berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara dengan pengurniaan surat cara pelantikan kepada keseluruhan 14 hakim baharu bagi memperkukuh institusi kehakiman negara.
Bagi Mahkamah Persekutuan, dua hakim menerima pelantikan iaitu Datuk Ravinthran N Paramaguru dan Datuk Azmi Ariffin.
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada enam Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Amarjeet Singh Serjit Singh, Datuk Seri Mohd Radzi Harun, Datuk Aliza Sulaiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh, Dean Wayne Daly dan Dauk Seri Latifah Mohd Tahar.
Selain itu, enam Hakim Mahkamah Tinggi turut menerima pelantikan masing-masing iaitu Dr. Suzana Mohd Said, Yusrin Faidz Yusoff, Arziah Mohamed Apandi, Datuk Hazizah Kassim, Gan Techiong dan Suriyati Hasimah Mohd Hashim.
Hadir sama, Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Turut hadir, Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais; Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hashim Hamzah; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi serta Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















