BERITA SEMASA

PM zahir tahniah sempena Keputeraan Rasmi Agong

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini.

Beliau menyampaikan ucapan setinggi-tinggi tahniah bersempena sambutan yang berlangsung pada 23 Mac 2026 bersamaan 3 Syawal 1447 Hijrah.

“Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Menurut beliau, doa turut dipanjatkan agar Seri Paduka Baginda dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

“Mendoakan ke hadrat Allah SWT semoga Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan,” katanya lagi.

Beliau turut menzahirkan lafaz “Allah Peliharakan Sultan” sebagai tanda kesetiaan dan penghormatan kepada institusi diraja.

Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong merupakan acara tahunan yang diraikan bagi memperingati ulang tahun keputeraan Seri Paduka Baginda, selain melambangkan kedaulatan institusi Raja Berperlembagaan di negara ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button