BERITA SEMASA

Sultan Ibrahim kurnia Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis kepada 109 penerima

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (DKPP) Tahun 2025 di Istana Negara bagi menghargai jasa dan pengorbanan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam istiadat itu, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada empat pegawai kanan polis.

Mereka ialah Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid; Pengarah Logistik dan Teknologi, Komisioner Polis Gilberd Anak Philip Layang; Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad dan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail.

Selain itu, lima pegawai turut dikurniakan Darjah Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP), diikuti 16 penerima Darjah Pahlawan Pasukan Polis (PPP), enam penerima Kesatria Pasukan Polis (KPP) dan 78 penerima Bentara Pasukan Polis (BPP).

Menurut satu hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, penganugerahan DKPP diberikan kepada pegawai serta anggota PDRM yang menunjukkan keberanian, kesetiaan dan pengorbanan luar biasa sepanjang perkhidmatan mereka.

Majlis istiadat itu turut memperlihatkan penghargaan berterusan Seri Paduka Baginda terhadap peranan PDRM sebagai benteng utama keselamatan dan kedaulatan negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button