Berita provokasi: Dr Akmal desak pengarang Malaysiakini datang ke PAU minta maaf
KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh menuntut pengarang portal berita Malaysiakini hadir ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) untuk bertemu dan memohon maaf secara berdepan dengan pemimpin parti itu.
Tuntutan itu berhubung insiden paparan kapsyen berita mengenai PAU yang diletakkan pada gambar babi dipercayai mengenai isu penternakan babi.
Dr Akmal menegaskan, tindakan Malaysiakini itu seolah-olah sengaja mencetuskan provokasi ketika ahli-ahli UMNO sedang berhimpun di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, bermula semalam sehingga Sabtu ini.
“Ada satu posting yang sangat-sangat saya kecewa dan sangat kurang ajar bagi saya yang mana dia letak gambar babi tapi dia tulis kat situ – PAU 2026 tentukan hala tuju UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.
“Apa maksud kamu apabila letakkan kapsyen PAU dan letak gambar babi?,” tegasnya.
Dalam pada itu, Akmal turut menegaskan permohonan maaf yang dibuat oleh Malaysiakini selepas insiden itu tidak memadai.
Justeru beliau mendesak pihak pengarang Malaysiakini turun ke PAU untuk bertemu dan memohon maaf kepada ahli UMNO.
“Untuk Malaysiakini, bawa kamu punya bos, datang ke PAU, minta maaf kepada Presiden dan seluruh perhimpunan dan perwakilan orang UMNO dekat sini.
“Jika kamu tak datang ke PAU (minta maaf), jangan sampai kami yang cari kamu nanti,” katanya dalam satu hantaran video yang dikongsi di Facebook beliau.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








