GAYA HIDUPJOM RONDA

Miker bawa cita rasa ikonik Ipoh ke Putrajaya

PUTRAJAYA – Restoran Miker yang cukup dikenali di Ipoh, Perak terus melebarkan perniagaannya menerusi pembukaan cawangan ketiganya, Miker Putrajaya yang mengetengahkan konsep restoran fusion ASEAN dengan sentuhan masakan tradisi utara dan cita rasa kontemporari.

Diterajui oleh Meor Muhamad Razif Ismail, 35, selaku Kapten Miker Putrajaya, restoran itu tampil dengan identiti tersendiri namun masih mengekalkan DNA masakan Miker yang menjadi tarikan pelanggan.

Miker Putrajaya
Restoran Miker Putrajaya menawarkan sajian kontemporari buat pelanggan.

“Alhamdulillah, kami baru memulakan operasi pada 18 November 2025 yang lalu.

“Antara menu signatur yang ada di sini ialah spicy pan seared seabass fillet, pepes ketam, pizza barbeku hawai, daging bakar golok, sotong celup-celup yang dihidang bersama sos dan hidangan pemanis sagu mangga.

“Untuk minuman pula, kami tawarkan berry lime soda dan teh tiga layer yang pasti memenuhi citarasa pelanggan,” katanya kepada Malaysia Tribune.

Tambah Meor, terdapat juga tarikan hidangan lain di Miker Putrajaya seperti nasi talam ibunda.

“Sajian istimewa untuk dua orang ini menawarkan pilihan ayam goreng atau ikan keli, lengkap dengan ikan gelama masin, ulam-ulaman, sambal belacan serta dua jenis kuah iaitu asam pedas dan gulai lemak.

“Hidangan ini mencerminkan keaslian masakan tradisional Melayu yang kaya dengan rasa dan nostalgia,” ujarnya.

Miker Putrajaya
Antara menu signatur Restoran Miker Putrajaya seperti daging bakar Golok, spicy pan seared seabass fillet, pepes ketam, sotong celup-celup, pizza Hawaian serta sagu mangga.

Selain itu, pelanggan turut disajikan dengan menu signatur lain seperti nasi goreng kambing grill bersama kuah lemak, kambing bakar Golok serta daging bakar Miker yang dibawa khas daripada resipi asal Ipoh dan terkenal dengan teknik masakan yang rapi serta daging yang dimasak sempurna.

Menariknya, Miker Putrajaya turut memperkenalkan variasi menu yang tidak mudah ditemui di kebanyakan restoran, antaranya pepes ketam yang dimasak di dalam balutan daun pisang dan dinikmati dengan sambal istimewa serta salad sayur.

Bagi melengkapkan lagi pilihan pelanggan, restoran ini turut menawarkan menu Barat berunsur fusion seperti pizza Hawaiian barbeku dan beef pepperoni, menjadikannya destinasi sesuai untuk seisi keluarga dan pengunjung pelbagai latar cita rasa.

Miker Putrajaya
Suasana di Restoran Miker Putrajaya yang santai dan menenangkan.

Di sebalik dapur Miker Putrajaya ialah Chef Shan Fadhil, 53, yang memiliki lebih 20 tahun pengalaman dalam industri makanan dan minuman.

Berasal dari Johor, beliau membawa kepakaran luas dalam masakan tempatan, khususnya hidangan dari Ipoh dan wilayah Utara Semenanjung yang menjadi tunjang kepada menu Miker.

“Kebanyakan bahan dan inspirasi menu diambil daripada resipi asal Ipoh, manakala beberapa hidangan tertentu seperti pepes ketam hanya disediakan di cawangan terpilih, menjadikan pengalaman menjamu selera di Miker Putrajaya lebih eksklusif.

“Dengan jaminan tempoh menunggu maksimum sekitar 30 minit, Miker Putrajaya komited memberikan pengalaman gastronomi yang selesa tanpa menjejaskan kualiti hidangan,” katanya.

Miker Putrajaya
Menu spicy pan seared seabass fillet ini enak dan menyelerakan.

Miker Putrajaya beroperasi setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 10 malam dan dijangka menjadi antara destinasi makan baharu pilihan di Putrajaya, khususnya bagi pencinta masakan Melayu autentik yang digabungkan dengan sentuhan moden dan serantau pada harga berpatutan.

INFO MIKER PUTRAJAYA
R28-31, Aras Concourse Block B, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, 62675 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Telefon: 014-342 2721

Waktu Operasi:
Isnin Khamis – 11 pagi hingga 10 malam (rehat 2-5 petang)
Jumaat – 11 pagi hingga 10 malam (rehat 1-2 petang)
Sabtu Ahad – 11 pagi hingga 10 malam

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button